Saturday 23 August 2014

Rawat Rambut Panjang Dengan Bijak


Perlu diketahui bahawa rambut yang panjang tidk semestinya sihat.Kadang-kadang ia banyak memerangkap minyak sehingga rambut anda kelihatan seperti baru diumur dengan minyak kelapa.Kadangkala ia juga kering sehingga cabang-cabang rambut sudah boleh dilihat dari jauh lagi tanpa perlu menyentuhnya.

Bagaimana agaknya panduan yang tepat untuk memastikan rambut panjang idaman anda sentiasa cantik, kuat dan sihat?Walaupun anda dilahirkan dari genetik yang memiliki rambut panjang yang sihat, beum tentu ia boleh dikekalkan berikutan kesan radikal bebas yang melingkugi anda hari demi hari.Hari ini, kuasa genetik ternyata tidak cukup kuat untuk melawan kesan radikal bebas.

Berikut beberapa tip yang sangat berguna untuk anda cuba.Walaupun tip ini mudah dan ada yang tidak memerlukan sebarang kos, ia berkesan demi membantu anda mengekalkan kekuatan dan kelangungan rambut panjang yang anda miliki.Perlu diketahui bahawa menjaga rambut panjang sangat rumit.Namun lebih rumit dan peka anda menjaganya, lebih cantik hasil yang bakal anda perolehi.

GUNA JARI PUN BOLEH

  • Sesekali biarkan jari jemari anda "menari" di atas kulit kepala dan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.Kurangkan penggunaan sikat rambut sebaliknya keraplah gunakan jari jemari anda untuk menyikat rambut.Mudah bukan? Tak perlu keluarkan sebarang belanja pun.
SIKAT JANGAN DILUPAKAN

  • Jika berus rambut berfungsi untuk memperbaiki struktur rambut, sikat pula perlu untuk mengurus dan memperkemaskan gaya rambut. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian yang kecil.Dengan menggunakan sikat bergigi jarang, sikatlah rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah.Jangan menyikat rambut dengan kasar jika ia berpintal.Lakukannya dengan berhati-hati untuk mengekalkan rambut terputus.
KERINGKAN RAMBUT
  • Gunakan pengering rambut apabila perlu sahaja.Tidak perlulah "bergantung" dengan pengering rambut setiap kali ingin mengeringkan rambut.Lebih elok jika biarkan rambut kering secara semulajadi. Semasa anda ingin mengeringkan rambut, pilihlah pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.Mungkin harga pengering rambut jenis ini sedikit mahal.Itu lebih baik kalau ia berkesan menjaga kesihatan rambut anda kerana rambut mahkota wanita.
SYAMPU DAN PERAPI JUGA PENTING
  • Pilih syampu yang menawarkan banyak ramuan semulajadi di dalamnya.Elak memilih syampu yang dilengkapi dengan perapi kerana ia tidak bagus untuk kesihatan rambut anda.Ketika mencuci rambut dengan syampu, urutlah kepala untuk melancarkan pengaliran darah pada akar rambut dan kulit kepala.Bilas dengan bersih dan sapukan perapi pada hujung rambut dan usap lembut.Kemudian barulah dibilas bersih.
JANGAN MALAS BERUS RAMBUT
  • Apalah ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau anda malas untuk menguruskannya selalu.Untuk rambut panjang seperti anda, gunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat.Mulakan memberus dari bahagian atas kepala hingga ke bawah.Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula.Selepas memberus, gunakan jari untuk menimbulkan kesan yang lebih semulajadi. Kirai-kiraikan rambut dengan lembut.Usah berus rambut ketika ia masih basah.Rambut basah sebenarnya mempunyai struktur yang sangat lemah dan ia boleh gugur dengan mudah setiap kali anda memberusnya.Jika ingin juga menyikat rambut dalam keadaan basah, gunakan sikat rambt yang bergigi jarang.
MENGERINTINGKAN RAMBUT

  • Biasanya ia bukanlah bersifat kekal sebaliknya ia bertujuan untuk menambahkan volume rambut sahaja.Gunakan penggulung rambut yang biasa dan gulungkan bahagian rambut yang anda mahu.Elakkan memakai penggulung rambut elektrik, sikat panas dan curling iron.Anda juga boleh memiliki produk yang mampu memberikan haba yang sejuk.
PENGLIBATAN BAHAN KIMIA
  •  Boleh saja. Jika anda teringin untuk menukar warna atau mengerintingkan rambut, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar penggaya rambutyang berpengalaman dan dipercayai.Sayangilah rambut lebih daripada duit anda.Tidak mengapa keluarkan belanja yang lebih asalkan hasilnya memuaskan hati.
PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING
  • Lindungi rambut selalu daripada pendedahan berterusan cahaya matahari, garam, air berklorin, angin, dan pencemaran.Semua ini hanya membawa kepada kerosakan selain mencetus masalah rambut kusut.Selain memakai tudung, anda juga boleh selalu mengenakan topi, skaf serta memakai produk perlindungan rambut yang sesuai.
Tidak kira sama ada masih muda atau sudah berusia, rambut adalah refleksi anda.Rambut sihat bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik, bahkan anda sendiri akan rasa hebat dan lebih berkeyakinan.

http://zarrazhairspecialist.blogspot.com/p/set-rawatan-rambut.html